Feb 08, 2026 - FASSelangor FC akan berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi perlawanan Suku Akhir pertama saingan Piala Malaysia bagi menentang Negeri Sembilan FC pada jam 9 malam ini.
Dalam lima perlawanan terakhir pertemuan dua pasukan ini, skuad Gergasi Merah berjaya memenangi tiga perlawanan; Liga Super 2024/2025 (4-0), Suku Akhir pertama Piala FA 2025/26 (4-0) dan Liga Super 2025/26 (1-0). Manakala, The Jangs memenangi dua perlawanan dan secara keseluruhan 17 jaringan terhasil daripada kesemua perlawanan tersebut.
Baca previu perlawanan Pusingan ke-16 Piala Malaysia 2025/26: perlawanan pertama dan kedua.
Menurut Kim Pan-gon, Ketua Jurulatih Selangor FC, akan mengubah perancangan mengikut solusi yang terbaik untuk para pemain bagi perlawanan malam ini.
“Walaupun jadual agak padat, kami (barisan jurulatih) merancang dengan memberi peluang kepada beberapa pemain untuk berehat serta membuat pemilihan berdasarkan keadaan semasa pasukan. Kita (pasukan) mempunyai barisan pemain yang baik dan perlu memanfaatkan kekuatan yang ada. Paling penting kita perlu menguruskan pemain dengan baik. Saya percaya pasukan mampu mengatasi cabaran ini dan mempamerkan persembahan yang terbaik malam ini,” kata beliau
Pihak pengurusan Selangor FC sentiasa berada di belakang pasukan dan yakin para pemain akan berikan segalanya bagi memberikan aksi yang hebat menentang The Jangs malam ini untuk para penyokong Gergasi Merah.
Demi Kebanggaan!